aku nak seseorang seperti dia wujud dalam hidup aku, tapi nape sekarang aku sedih weyh ?
dua dalam satu
aku
nak jadi seseorang yang memiliki hati dia, tapi dalam mase sama cm
blagak macho berlakon seperti cerdik pandai dan terer dalam bab beragamaCUKUP LAAA HIPOKRIT !
aku nagis bukan pasal aku gembira, tapi sebab aku takut dengan ujian Allah ni
pernah xselama ni aku pikir, aku nak seseorang yang bertudung labuh, berjubah, berakhlak setinggi Saidatina Khatijah dan Humairah Aishah tapi aku hidup penuh dengan permintaan yang kosong
apa permintaan kosong ?
sedarlah Ibnu Rawan, Allah pertemukan kamu bukan untuk persembahkan cinta kepada dia
tapi pada AKU, TUHAN YANG MENCIPTA
hidup aku rasa tenggelam, jauh saaaangat aku dah menyelam, makin aku gapai makin aku kedalam
siapa yang mampu tolong aku ketika aku terbenam ?
aku cintakan kamu bukan kerana kamu cintakan aku
tapi aku cintakan kamu kerana kamu cinta aku
kalau mampu kamu paham apa itu 'indah' bagi gembira aku
mengapa mesti aku ?
mengapa mesti aku ?
Syauqatulwardah, Cinta dari syurga
Syauqah.2
Tarian
jarinya kehabisan langkah. Puas dikerah enjin otaknya supaya bekerja, namun
hampa. Setiap kali berbicara tentang cinta, Rashid seakan raja walaupun dirinya
sedar,dia adalah hamba yang masih tercari-cari cinta sejati.
Rashid menutup semula diarinya,
saat itu juga barulah dirinya merasakan keletihan. Jam tepat menunjukan pukul 1
petang, halwa panas benar-benar mencapai puncaknya. Angin yang biasanya
sesekali menyapa seperti enggan untuk bertiup, hanya kipas syiling usang yang
setia menemaninya meredakan sedikit udara yang dirasakan seperti membakar
setiap benda di dalam biliknya.
Rashid menatap kulit hadapan
diarinya itu; Diari Aku Seekor Lebah. Masih lagi segar tulisan itu, kali
pertama dia mencoret ayat keramat itu ketika dia masih lagi belajar di SMT
Johor Bahru. Pada mulanya, dia hanya bertujuan mengisi masa lapang tapi
lama-kelamaan hobinya itu bertukar serius. Hampir setiap masa diarinya itu akan
dibawa bersama. Seperti sahabat setianya, di dalam diari itulah segala rasa
diluahkan. Adakalanya, diari itu menjadi tempat mengadu dikala hatinya sayu
berjauhan daripada keluarga. Ada ketikanya pula, diari itu umpama teman tawa
semasa gembira dan disetiap kejayaannya, dan semestinya apabila segala
perasaan, kritikan juga umpatan pernah dirakam menerusi tulisannya, diari itu
juga umpama gedung segala rahsia untuk dirinya.
Rashid
mengusap diarinya itu. Masih kemas sampulan kertas berwarna belang-belang
pelangi yang membaluti buku itu. Pada kulit hadapannya pula ditampal kertas
hitam dan ditulis tangan ayat keramatnya itu; Diari Aku Seekor Lebah
menggunakan marker berwarna putih yang menyerlahkan lagi identiti buku itu.
Rashid tersenyum sendirian
Allahhuahbar…Allahhuakbar(Allah
Maha Besar)
Sayup
laungan azan Zohor menusup gegendang telinga Rashid lantas mematikan semua
lamunannya. Berdetup-detup bunyi sendinya ketika bangun dari kerusi. Tidak
disedari, lama benar dia melekat di kerusi itu. Tangannya pantas menyusun semua
buku-buku serta alat tulis yang berselerakan di atas meja belajarnya itu. Diarinya
itu disembunyikan di celahan buku-buku yang disusun tadi. Setelah yakin, Rashid
melangkah menuju ke tandas.
Dengan
lafaz basmallah, sekali lagi sujudnya menghadap Sang Pencipta. Allah Maha
Besar.
No comments:
Post a Comment