Saturday 10 March 2012

ini cerita aku dan aku harap kamu memahami



manusia...
kamu xperlu berkata2 untuk Aku faham apa yg kamu fikirkan sbb Aku Maha Mengetahui
kenapa kamu manusia perlu memahami manusia, sedangkan Aku lebih memahami apa itu  'memahami'. kenapa kamu manusia ingin mencintai manusia, sedangkan Akulah pencipta apa yang dinamakan 'cinta'. kalau kamu ingin manusia itu memahami kamu, fahami dulu Aku pencipta 'manusia' dan 'memahami'. Aku sangat mengetahui apa yg kamu ingin manusia itu fahami tanpa perlu aku memahami. adakah..
kamu cintakan Aku ?
kamu memahami Aku ?
manusia, Aku lebih mengetahui apa yg Aku ciptakan..



Kepada kamu, aku mintak maaf..
aku tau msti plek kn bila orang yg kita xpnah tgur, xpnah knal, jgn ckp snyumlaa pandang muka pn xpnah kot tetiba ckp mintk maaf kt kita..mengapakah ?
hidup ni menarik sebenarnya kalu ada orang dapat faham semua yg kita lakukan tapi mybe jadi bencana kot kalau tetiba orang yang kita nak fahamkan tu tak tertarik pon dengan apa yang kita lakukan. haih..

ini cerita aku dan aku harap kamu memahami..

aku budak biasa cume prnah melalui hidup yg luar biasa dan aku akui, hidup aku memang bosan cuma pernah seketika dulu aku ditakdirkan mengenali apa itu 'ceria'. dari kecik aku dibesarkan dengan dia. siapa die, itu yg aku pernah canangkan kepada kamu seketika dahulu. pada mase tu, aku sedar..kalau aku berada di tempat kamu, aku juga susah percaya cerita seseorg yg belum pernah aku kenal nama tapi membuka cerita tentang mengenali 'aku', yaa, aku tahu aku cuma klon rakannya tapi mungkinkah itu cuma cerita reka, cerita maling yg cuba mengambil hati aku dengan cerita sayunya...
kepada kamu, tiada apa yg dapat aku janjikan. cuma percayakan aku sebagai seorang saudara seislam kamu. aku mintak maaf kepada kamu cuma ada satu sebab..aku tkot melihat kamu. seperti melihat sesuatu yg tsaaaangat aku sayang seketika dulu. bagaimana aku takot kehilangan dia. begitulah aku takut untuk jauh dari kamu.
aku mintak maaf. aku tahu kamu akan tidak selesa dengan aku. aku memahami. jangan takot. itu sejarah hidup aku. lama sudah aku tinggalkan. dan aku tidak pernah bercita2 untuk membuka sejarah baru. cuma Allah penunjuk Istikarah aku. apa petunjuk aku ? satu hari kamu akan tahu...ini cerita aku dan aku harap kamu memahami. dia adalah Mia. ibu bapa aku dengan ibu bapanya seakan adik beradik. aku akui kami dibesarkan bersama. dia rakan belasahan aku. dia juga rakan aduan aku. yaa aku tahu aku lelaki dan dia perempuan. alhamdulillah. keluarga kami berakhlak furqan. bukan pujian cuma selama aku dibesarkan. jangan ckp untuk bersentuhan, melihat aurat kanak2 sepertinya juga aku ditegah. ibu memesani aku sebuah amalan 'selagi mampu aku menyayangi dan menghormati ibu, selagi itu aku disuruh untuk menyayangi dan menghormati kaum sepertinya'. itu azimatku hingga ketua. aku akui, aku bodoh untuk bercinta tapi aku bijak untuk meneka. tipu kalau 10 tahun kami dididik bersama tiada perasaan bila berjauhan. itu rakanku, rindu aku pada gelaknya. ya aku kempunan cinta seorang rakan.
semuanya bermula ketika aku dan Mia masih di sekolah rendah. aku lelaki paling rapat dalam hidupnya selain abah dan abangnya. kami ibarat bersaudara. ibu bapa kami juga sentiasa berkunjung sesama mereka. betulkan kataku, tiada apa yg istimewa dalam canagan cerita aku cume celotehan ini amat bermakna bila aku bercerita tentg dia. rakan aku yg sudah tiada. aku masih jelas difikiran ketika aku mendengar satu berita. Mia, abah serta abangnya kemalangan. yaa aku masih kekanakan untuk mengerti tapi aku merasa kehilangan dua keluarga terdekatku. abah dan abang Mia dijemput Allah tepat pada masanya. aku masih ingat. saaangat masih, amat aku ingat. ketika itu aku dibilik darjah ketika masih bergelah mahasiswa UPSR. ibu dan abahku datang menjemput, mereka berdua kelihatan tidak ceria, kekanakan aku juga aku boleh mengerti merasai orang yg terusan menangis apatah lagi bila kedua ibu bapaku sendiri yg melakonkannya. 'Ibnu Rawan, Mia kemalangan !'
hanya kemalangan ? 'tidak, abah dan abangnya dijemput'. Mia pula ? 'dia masih disana, dikatil pembaringan untuk orang yg masih bernyawa'. lega kah aku ?
kalau boleh aku menangis sambil menulis celotehanku ini, sudah lama aku menangis. cuma ego aku disamping rakan2 baru disini membuatkan aku menyekang air mata. tapi dalaman aku tiada berubah. masih sama walaupun 5 tahun sudah bermasa. aku masih menangis.
yaa selepas kemalangan, Mia masih sama. cuma dia semakin berdiam. mungkinkah kerana abah serta abangnya tiada untuk membuatkannya ketawa. Mia, aku masih ada sebagai rakan kamu. tidak, Mia tidak sama. sejak hari itu dia berduka. bila matangku bertambah di sekolah menengah. kami terpisah. Mia masuk kesekolah agama dan aku cuma harian biasa. dia berasrama. perlukah aku kata kesunyiaan. tiada tempat belasahan dan juga mengadu. tidak perlu. aku lelaki yang sudah makin dewasa. Mia juga matang menjadi remaja. adakah kami masih sama ?
YA !  ketika cuti sekolah, kami masih berjumpa. ibu Mia sering melawat keluargaku. aku tahu ibu Mia kesunyian. dialah asbab aku saaaangat memegang azimat ibuku. menyayangi dan menghormati kaum sepertinya. cuma permainan kami tidak lagi sama. dahulu dihadapan aku kanak2 yg masih senget tudungnya tapi kini hampir saja ustazah yg sering aku lihat. ini panggilan kedua ibu bapa aku melihat perubahan Mia. perlukah aku malu untuk mendekatinya. jawapannya tidak kerana Mia yg tidak mendekati aku. aku kecewa ! kekanakan aku masih ada.
tapi rakan tetap kekal hingga kesyurga, permainan kami tiada lagi yg kebiasaan. Mia mengajar aku menghafal ayatul furqan. perlukah aku malu bila berkata kepada lelaki disekelilingku yg wanita mengajarkan aku menjadi imam sempurna. tidak. aku bangga. aku merasa nikmat Nabi Allah dipimpin dan diberikan semangat oleh wanita yg mula lagi sempurna. azimat ibuku memang benar.
kalau cerita 'ceria' yg aku ceritakan sebelum ini membosankan. aku faham kerana aku bukanlah bercerita. tetapi mengenang kisah yg nyata. cuma kepada kamu yg serupa sepertinya, aku harap kamu faham kenapa maafku perlu diberikan.
pada usiaku dipertengahan mahasiswa PMR. ya Allah, aku mendapat cerita yg maha sedih dengarnya. Mia, dia rebah sebelumnya dan pabila diketahui. dia mengidap barah dikepada. barah pada otaknya. salah satunya berpunca daripada dokter yg tidak menyedari ada sebuah titik tompok darah beku ketika dia kemalangan dahulu. itu nasib rakanku Mia. jika dahulu dia berubah kerana kematian abang serta abahnya. kini Mia sudah tidak sepertinya lagi. menyendiri. murung. selalu pergi ke hospital daripada mengunjungi rumahku. jarang bercakap denganku tetapi hanya senyuman yg menandakan dia masih setia menjadi rakan aku.
Mia berubah tapi satu sifatnya masih sama, dia gemar mengharapkan aku mendodoikan sebuah lagu. kalau tidak salah tajuknya 'pemandangan terindah' nyanyian adam. kalaulah aku ingat akan kekanakan aku yg sering dipaksa mendodoikan lagu yang sama bagi melegakan rajuknya begitulah yg dipinta kalau sakitnya bertambah tanpa mampu dikekang. walaupun serangkap tapi baginya cukup bermakna. yaaa, dia penonton serta pendengar setia suara serta persembahan tanpa bakat aku !
kalaulah aku mampu ucapkan bagaimanakah penderitaan seorang ibu yg kehilangan hampir keseluruhan keluarganya kemalangan kini bakal kehilangan anak terakhirnya asbab penyakit dalaman. ya Allah. aku tahu engkau Maha Mengetahui.
lama Mia menderita. dan sepanjang itu ibunya serta ibuku yang selalu menjaga. hospital seperti rumah keduaku. akhir kehidupannya. Mia hanya terbaring dikatil. disokong penafasan dan hanya sekali sekala bangun mendapatkan ubat lalu tidur mencari ketenangan semula.
perlukah aku jujur pada benda yg tidak berguna. 10 tahun aku mengenalinya. yaa itu pertama kali aku melihatnya tanpa bertutup kepala. tapi satu membuat dia bakal bidadari syurga. walaupun tidak ditutup sempurna. permintaanya untuk menutup hampir kebanyakan rambutnya dengan sehelai tuala kepala. itu beza bidadari duni dan syurga. InsyaAllah, aku tetap doakn kamu gembira disana.
kalau mampu aku buang hari itu dari kamus hidupku. pasti aku sudah membuangnya. gila bila memikirkan lagi sebulan peperangan PMR ku tapi aku masih menanti pada yg tiada harapannya. dan aku masih terbayang. petang itu aku dijemput abah dan ibu. sebabnya cuma satu
ibu Mia ingin menanyakan aku sesuatu.Ibnu Rawan....
'sanggup tidak kalau kita lepaskan apa yang telah lama tersiksa ?'
perlukah aku menjawab bila ada orang bertanya untuk mengambil harta kesayanganku ?. perlukah aku bersetuju bila orang ingin memisahkan aku dengan 'gembira' hidupku ?. perlukah aku terangkan pada mereka, AKU TIDAK BERSETUJU ?. tapi pengharapan mereka cuma padaku. aku tahu mereka sedar, akulah yang amat memerlukan Mia dari sesiapapun dalam dunia ini. mereka. dokter. dan segala penyebab telah reda dengan keputusan itu. untuk menutup bekalan oksigen daripada tubuh Mia yg tidak memberikan apa2 rangsangan kepada kehidupan. mereka semua telah pasrah dan mahu melepaskan apa yg tersiksa. tapi aku ?
kalau aku melepaskan apa yang tersiksa. bukankah aku mendatangkan tersiksa itu kepada aku. aku masih ingat dan saaaaangat3 ingat. hari itu aku melihat mata2 yang selama ini aku sayangkan sebagai mata2 yang paling aku benci. mereka tiada akalkah ingin membunuh rakanku. aku benci mereka. mereka tidak mengerti aku, aku tahu Mia akan sembuh. cuma masanya belum tiba. aku tahu dan aku amaat yakin.
namun kata2 kekanakan aku hanyalah esakan rajuk yg mereka fikir tidaklah lama. dan aku memberi kata putus tanpa aku mampu kawal sendiri lidahku untuk berbicara. mengapa ? kerana aku pegang azimat ibuku. menyayangi dan menghormati kaum sepertinya. dari mulutku aku bertanya
'kalau saya lepaskan Mia, Mia tetap akan kawan saya tak ?' yaaa, jawapanya seperti biasa, esakan orang dewasa yg xmampu berkata2. aku menang lagi pertandingan yg menyedihkan.
aku bersedia. aku rapat melihat sahabatku. Mia seakan tidur. matanya terpejam rapat. bibirnya tiada senyuman. dadanya berombak laju. tanganya terbungkam kemas tanpa wayar dipasang. kepalanya masih tertutup bidadari syurga walau masih kelihatan selebihnya. dan tangan aku yg menentukan hidupnya. tangan aku menutuk suis yg tersedia. aku xnangis, aku xnangis...aku xperlu ngis..xperlu..aku xnk..aku xakan nangis................
aku melihat dan masih melihat..Mia masih lagi tidur. aku cuma ingin kata sesuatu padanya..
Mia, maafkan aku..aku yang bunuh kamu...
ya Allah, melihat seorang rakan mati amat menyakitkan. dan bagaimanakah perasaan aku sebagai rakan yg menyebabkan rakanku mati ?
kepada kamu yang aku tujukan cerita ini. aku harap kamu mengerti. aku tidak harapkan apa2 dari kamu. cuma mungkin aku sudah lama xmelihat Mia bangun dari tidurnya dahulu. aku masih merindu. aku tahu kamu dengan dia berbeza. cuma aku ingin meminta maaf dari kamu. bukan pasal kamu serupa Mia ataupun siapa2. tapi kerana azimat ibuku. menyayangi dan menghormati kaum sepertinya. dan aku amat menghormati kamu dan kaum sepertimu. jadilah bidadari yg surga di dunia. aku doakn kamu selamanya bahagia. carilah seorang rakan yg tidak mampu kamu ganti tempatnya walaupun sudah lama kamu tidak memilikinya...aku mintak maaf kepada kamu..ini cerita aku dan aku harap kamu memahaminya...........


kepada kamu yg pernah jadi rakan dan ceriaku..kini aku mengerti..kamu adalah sahabat sejati..
aku bangga menjadi sebahagian pengisah dalam hidup kamu yang telah sempurna

Thursday 8 March 2012

kenapa aku jumpa kau lagi ?






Ya Allah, knape aku jumpa dia lagi
bukan ke dia da.....................

perlu ke aku rase gembira ?
jumpa dia depan2, the ckp "eh3, kau da hidup semula ? aq rindukan kau laa !"

perlu ke aku rase sedih ?
buat2 xtau dan tak pernah nampak. haih, susahnya nak tipu hati sendiri.

sume salah kau..dari dulu kita kawan..dari kecik laa wey !
tapi skrg...kau blah cm 2 je...terima kasih 'kawan'..
sume salah kau..kau xprnah nak jujur dengan ak.
kau cakap cm kau sehat..kau selalu cakap yg kau kuat..kau TIPU !
sume salah kau..kita selalu gaduh..sebab simple je..
aku takut kau PERGI ! aku takut kau JAUH ! aku takut kau HILANG !
sume salah kau..kau wat aku sedih.
kau gembira saangat..tapi kau tau x,,gembira kau makin wt aku mkin sedih !
sume salah kau..skrg kau wt hidup aku sunyi.
skrg aku da xde kawan cm kau..kau gembira skrg ?
sume salah kau..kau buat aku makin windukn kau.
aku tau aku bodoh harap pada sesuatu yg mustahil..aku juz nk kau tau, aku ni kawan kau !
sume salah kau..kau bagi harapan kat aku.
tapi skrg bila aku da bjaya capai impian aku..aku nk bangga diri dengan sapa ?..kau da xde !
sume salah kau..sbb kau pergi tlampau awal.
kita janji kita kawan selamanya kn..perlukah aku ingatkn kau janji kita ?
sume salah kau..sbb kau tinggalkn aku hidup kat dunia ni sowg2.
kau hilang cm 2 je..kau xpnah tanya aku..kau xpnah tanye....
sume salah kau..5 tahun kau wt aku terseksa.
kau wt aku sedih saangat gle !
tapi aku tau ni salah aku
kita dah janji untuk kawan sampai mati. tapi aku xsempat nak mintak maaf sblum pergi..
dan aku nak kau tahu..aku yang izinkn..bukan Abah..bukan Ummi..
aku yang izinkn.....
aku nak lepaskan kau sebab kau dah lama terseksa!

maafkn aku kawan

Friday 2 March 2012

kalau 'Aku' tak rindu kamu ?

aku sendiri xtau, aku sedih gle bila aku nampak dia untuk kali pertama, aku saaaaaaaaaaaaaangat3 xtau nak buat apa !Ya Allah, selama ni aku berdoa..
aku nak seseorang seperti dia wujud dalam hidup aku, tapi nape sekarang aku sedih weyh ?
dua dalam satu
aku nak jadi seseorang yang memiliki hati dia, tapi dalam mase sama cm blagak macho berlakon seperti cerdik pandai dan terer dalam bab beragama
CUKUP LAAA HIPOKRIT !
aku nagis bukan pasal aku gembira, tapi sebab aku takut dengan ujian Allah ni
pernah xselama ni aku pikir, aku nak seseorang yang bertudung labuh, berjubah, berakhlak setinggi Saidatina Khatijah dan Humairah Aishah tapi aku hidup penuh dengan permintaan yang kosong
apa permintaan kosong ?
sedarlah Ibnu Rawan, Allah pertemukan kamu bukan untuk persembahkan cinta kepada dia
tapi pada AKU, TUHAN YANG MENCIPTA
hidup aku rasa tenggelam, jauh saaaangat aku dah menyelam, makin aku gapai makin aku kedalam
siapa yang mampu tolong aku ketika aku terbenam ?

aku cintakan kamu bukan kerana kamu cintakan aku
tapi aku cintakan kamu kerana kamu cinta aku
kalau mampu kamu paham apa itu 'indah' bagi gembira aku

mengapa mesti aku ?



Syauqatulwardah, Cinta dari syurga
Syauqah.2

 
Tarian jarinya kehabisan langkah. Puas dikerah enjin otaknya supaya bekerja, namun hampa. Setiap kali berbicara tentang cinta, Rashid seakan raja walaupun dirinya sedar,dia adalah hamba yang masih tercari-cari cinta sejati.
                Rashid menutup semula diarinya, saat itu juga barulah dirinya merasakan keletihan. Jam tepat menunjukan pukul 1 petang, halwa panas benar-benar mencapai puncaknya. Angin yang biasanya sesekali menyapa seperti enggan untuk bertiup, hanya kipas syiling usang yang setia menemaninya meredakan sedikit udara yang dirasakan seperti membakar setiap benda di dalam biliknya.
                Rashid menatap kulit hadapan diarinya itu; Diari Aku Seekor Lebah. Masih lagi segar tulisan itu, kali pertama dia mencoret ayat keramat itu ketika dia masih lagi belajar di SMT Johor Bahru. Pada mulanya, dia hanya bertujuan mengisi masa lapang tapi lama-kelamaan hobinya itu bertukar serius. Hampir setiap masa diarinya itu akan dibawa bersama. Seperti sahabat setianya, di dalam diari itulah segala rasa diluahkan. Adakalanya, diari itu menjadi tempat mengadu dikala hatinya sayu berjauhan daripada keluarga. Ada ketikanya pula, diari itu umpama teman tawa semasa gembira dan disetiap kejayaannya, dan semestinya apabila segala perasaan, kritikan juga umpatan pernah dirakam menerusi tulisannya, diari itu juga umpama gedung segala rahsia untuk dirinya.
Rashid mengusap diarinya itu. Masih kemas sampulan kertas berwarna belang-belang pelangi yang membaluti buku itu. Pada kulit hadapannya pula ditampal kertas hitam dan ditulis tangan ayat keramatnya itu; Diari Aku Seekor Lebah menggunakan marker berwarna putih yang menyerlahkan lagi identiti buku itu. Rashid tersenyum sendirian


Allahhuahbar…Allahhuakbar(Allah Maha Besar)

Sayup laungan azan Zohor menusup gegendang telinga Rashid lantas mematikan semua lamunannya. Berdetup-detup bunyi sendinya ketika bangun dari kerusi. Tidak disedari, lama benar dia melekat di kerusi itu. Tangannya pantas menyusun semua buku-buku serta alat tulis yang berselerakan di atas meja belajarnya itu. Diarinya itu disembunyikan di celahan buku-buku yang disusun tadi. Setelah yakin, Rashid melangkah menuju ke tandas.

Dengan lafaz basmallah, sekali lagi sujudnya menghadap Sang Pencipta. Allah Maha Besar.

mengapakah aku suka Lebah ?

aku sendri pon xtau nape aku taksub, aku pilih dan aku saaangat3 suka akan Lebah
tapi3, aku rasa cm tau kot sjak bila aku mula me'lebah'kan diri ni
sumenyer sebab seseorang....'manusia yang telah sempurna hidupnya'
dia penah cakap kat aku "jangan jadi cm Lebah, bawa madu di mulut, bawa bisa di punggung"
mula2 tu memg laa aku pcaya bulat2, yolah zaman budak2 agi mse tu
tapi skrg aku da sedar sesuatu "Lebah tak bawa madu kat mulut, tapi Lebah bawak madu kat kaki lor"
=_="
so, ape ek kene mengena dengan aku suka Lebah ? senanye salah satu sebab utama kenapa aku suka saaaaangat nak jadi Lebah...sebab aku nak cari Syauqatulwardah teristimewa
logik kah jawapan ini ? suka aku ar, blog aku....hahahahahaha..

hidup aku penjaja pengalaman, itukan wadah penulis pinggiran !

Diari Aku Seekor Lebah



Salam untuk yang terindah ?
itu adalah kamu !
kalau kamu mampu baca apa yang aku rasa, ini cerita aku Diari Aku Seekor Lebah
aku jaja kisah aku dan kamu, supaya kamu mampu tahu...ini perasaaan aku, Istikharah aku, 
ini cerita dan permulaan aku...



Syauqatulwardah, Cinta dari syurga
Syauqah.1
 
Bismillahhirrahmannirrahim, aku mulakan pena dengan nama Allah Yang Maha Mengasihi


“Man ahabba lillah wa abghadha lillah wa a’faa lillah wamana,a lillah faqadistakmamam iimaan” (sesiapa yang bercinta kerana Allah, benci kerana Allah, memberi kerana Allah dan bersedekah kerana Allah, maka imannya telah sempurna)HR  Abu Daud

Aku ingin menjadi kekasih Allah, mencintai seseorang bukan kerana keturunannya, bukan juga kerana kedudukannya, jauh sama sekali kerana harta kekayaan yang dimilikinya. Aku ingin mencintai seseorang hanya kerana Allah.
Cinta membuatkan aku ingin mendampingi-Nya, cinta mengajarkan aku mendekati makhluk-Nya, cinta merasakan aku kasih sayang dari orang lain, cinta menikmatkan hidup aku dengan penuh ketenangan  dan keceriaan. Allah Maha Mengasihi, segala puji hanyalah untuk Allah yang telah mengajarkan aku sebuah ilmu yang teramat indah nilainya. Sebuah amalan mulia yang telah lama aku lahirkan; Cinta dan keikhlasan.
Keikhlasan ! ya,itulah kunci keutamaan dalam bercinta.
Kalaulah aku…..