Saturday 10 March 2012

ini cerita aku dan aku harap kamu memahami



manusia...
kamu xperlu berkata2 untuk Aku faham apa yg kamu fikirkan sbb Aku Maha Mengetahui
kenapa kamu manusia perlu memahami manusia, sedangkan Aku lebih memahami apa itu  'memahami'. kenapa kamu manusia ingin mencintai manusia, sedangkan Akulah pencipta apa yang dinamakan 'cinta'. kalau kamu ingin manusia itu memahami kamu, fahami dulu Aku pencipta 'manusia' dan 'memahami'. Aku sangat mengetahui apa yg kamu ingin manusia itu fahami tanpa perlu aku memahami. adakah..
kamu cintakan Aku ?
kamu memahami Aku ?
manusia, Aku lebih mengetahui apa yg Aku ciptakan..



Kepada kamu, aku mintak maaf..
aku tau msti plek kn bila orang yg kita xpnah tgur, xpnah knal, jgn ckp snyumlaa pandang muka pn xpnah kot tetiba ckp mintk maaf kt kita..mengapakah ?
hidup ni menarik sebenarnya kalu ada orang dapat faham semua yg kita lakukan tapi mybe jadi bencana kot kalau tetiba orang yang kita nak fahamkan tu tak tertarik pon dengan apa yang kita lakukan. haih..

ini cerita aku dan aku harap kamu memahami..

aku budak biasa cume prnah melalui hidup yg luar biasa dan aku akui, hidup aku memang bosan cuma pernah seketika dulu aku ditakdirkan mengenali apa itu 'ceria'. dari kecik aku dibesarkan dengan dia. siapa die, itu yg aku pernah canangkan kepada kamu seketika dahulu. pada mase tu, aku sedar..kalau aku berada di tempat kamu, aku juga susah percaya cerita seseorg yg belum pernah aku kenal nama tapi membuka cerita tentang mengenali 'aku', yaa, aku tahu aku cuma klon rakannya tapi mungkinkah itu cuma cerita reka, cerita maling yg cuba mengambil hati aku dengan cerita sayunya...
kepada kamu, tiada apa yg dapat aku janjikan. cuma percayakan aku sebagai seorang saudara seislam kamu. aku mintak maaf kepada kamu cuma ada satu sebab..aku tkot melihat kamu. seperti melihat sesuatu yg tsaaaangat aku sayang seketika dulu. bagaimana aku takot kehilangan dia. begitulah aku takut untuk jauh dari kamu.
aku mintak maaf. aku tahu kamu akan tidak selesa dengan aku. aku memahami. jangan takot. itu sejarah hidup aku. lama sudah aku tinggalkan. dan aku tidak pernah bercita2 untuk membuka sejarah baru. cuma Allah penunjuk Istikarah aku. apa petunjuk aku ? satu hari kamu akan tahu...ini cerita aku dan aku harap kamu memahami. dia adalah Mia. ibu bapa aku dengan ibu bapanya seakan adik beradik. aku akui kami dibesarkan bersama. dia rakan belasahan aku. dia juga rakan aduan aku. yaa aku tahu aku lelaki dan dia perempuan. alhamdulillah. keluarga kami berakhlak furqan. bukan pujian cuma selama aku dibesarkan. jangan ckp untuk bersentuhan, melihat aurat kanak2 sepertinya juga aku ditegah. ibu memesani aku sebuah amalan 'selagi mampu aku menyayangi dan menghormati ibu, selagi itu aku disuruh untuk menyayangi dan menghormati kaum sepertinya'. itu azimatku hingga ketua. aku akui, aku bodoh untuk bercinta tapi aku bijak untuk meneka. tipu kalau 10 tahun kami dididik bersama tiada perasaan bila berjauhan. itu rakanku, rindu aku pada gelaknya. ya aku kempunan cinta seorang rakan.
semuanya bermula ketika aku dan Mia masih di sekolah rendah. aku lelaki paling rapat dalam hidupnya selain abah dan abangnya. kami ibarat bersaudara. ibu bapa kami juga sentiasa berkunjung sesama mereka. betulkan kataku, tiada apa yg istimewa dalam canagan cerita aku cume celotehan ini amat bermakna bila aku bercerita tentg dia. rakan aku yg sudah tiada. aku masih jelas difikiran ketika aku mendengar satu berita. Mia, abah serta abangnya kemalangan. yaa aku masih kekanakan untuk mengerti tapi aku merasa kehilangan dua keluarga terdekatku. abah dan abang Mia dijemput Allah tepat pada masanya. aku masih ingat. saaangat masih, amat aku ingat. ketika itu aku dibilik darjah ketika masih bergelah mahasiswa UPSR. ibu dan abahku datang menjemput, mereka berdua kelihatan tidak ceria, kekanakan aku juga aku boleh mengerti merasai orang yg terusan menangis apatah lagi bila kedua ibu bapaku sendiri yg melakonkannya. 'Ibnu Rawan, Mia kemalangan !'
hanya kemalangan ? 'tidak, abah dan abangnya dijemput'. Mia pula ? 'dia masih disana, dikatil pembaringan untuk orang yg masih bernyawa'. lega kah aku ?
kalau boleh aku menangis sambil menulis celotehanku ini, sudah lama aku menangis. cuma ego aku disamping rakan2 baru disini membuatkan aku menyekang air mata. tapi dalaman aku tiada berubah. masih sama walaupun 5 tahun sudah bermasa. aku masih menangis.
yaa selepas kemalangan, Mia masih sama. cuma dia semakin berdiam. mungkinkah kerana abah serta abangnya tiada untuk membuatkannya ketawa. Mia, aku masih ada sebagai rakan kamu. tidak, Mia tidak sama. sejak hari itu dia berduka. bila matangku bertambah di sekolah menengah. kami terpisah. Mia masuk kesekolah agama dan aku cuma harian biasa. dia berasrama. perlukah aku kata kesunyiaan. tiada tempat belasahan dan juga mengadu. tidak perlu. aku lelaki yang sudah makin dewasa. Mia juga matang menjadi remaja. adakah kami masih sama ?
YA !  ketika cuti sekolah, kami masih berjumpa. ibu Mia sering melawat keluargaku. aku tahu ibu Mia kesunyian. dialah asbab aku saaaangat memegang azimat ibuku. menyayangi dan menghormati kaum sepertinya. cuma permainan kami tidak lagi sama. dahulu dihadapan aku kanak2 yg masih senget tudungnya tapi kini hampir saja ustazah yg sering aku lihat. ini panggilan kedua ibu bapa aku melihat perubahan Mia. perlukah aku malu untuk mendekatinya. jawapannya tidak kerana Mia yg tidak mendekati aku. aku kecewa ! kekanakan aku masih ada.
tapi rakan tetap kekal hingga kesyurga, permainan kami tiada lagi yg kebiasaan. Mia mengajar aku menghafal ayatul furqan. perlukah aku malu bila berkata kepada lelaki disekelilingku yg wanita mengajarkan aku menjadi imam sempurna. tidak. aku bangga. aku merasa nikmat Nabi Allah dipimpin dan diberikan semangat oleh wanita yg mula lagi sempurna. azimat ibuku memang benar.
kalau cerita 'ceria' yg aku ceritakan sebelum ini membosankan. aku faham kerana aku bukanlah bercerita. tetapi mengenang kisah yg nyata. cuma kepada kamu yg serupa sepertinya, aku harap kamu faham kenapa maafku perlu diberikan.
pada usiaku dipertengahan mahasiswa PMR. ya Allah, aku mendapat cerita yg maha sedih dengarnya. Mia, dia rebah sebelumnya dan pabila diketahui. dia mengidap barah dikepada. barah pada otaknya. salah satunya berpunca daripada dokter yg tidak menyedari ada sebuah titik tompok darah beku ketika dia kemalangan dahulu. itu nasib rakanku Mia. jika dahulu dia berubah kerana kematian abang serta abahnya. kini Mia sudah tidak sepertinya lagi. menyendiri. murung. selalu pergi ke hospital daripada mengunjungi rumahku. jarang bercakap denganku tetapi hanya senyuman yg menandakan dia masih setia menjadi rakan aku.
Mia berubah tapi satu sifatnya masih sama, dia gemar mengharapkan aku mendodoikan sebuah lagu. kalau tidak salah tajuknya 'pemandangan terindah' nyanyian adam. kalaulah aku ingat akan kekanakan aku yg sering dipaksa mendodoikan lagu yang sama bagi melegakan rajuknya begitulah yg dipinta kalau sakitnya bertambah tanpa mampu dikekang. walaupun serangkap tapi baginya cukup bermakna. yaaa, dia penonton serta pendengar setia suara serta persembahan tanpa bakat aku !
kalaulah aku mampu ucapkan bagaimanakah penderitaan seorang ibu yg kehilangan hampir keseluruhan keluarganya kemalangan kini bakal kehilangan anak terakhirnya asbab penyakit dalaman. ya Allah. aku tahu engkau Maha Mengetahui.
lama Mia menderita. dan sepanjang itu ibunya serta ibuku yang selalu menjaga. hospital seperti rumah keduaku. akhir kehidupannya. Mia hanya terbaring dikatil. disokong penafasan dan hanya sekali sekala bangun mendapatkan ubat lalu tidur mencari ketenangan semula.
perlukah aku jujur pada benda yg tidak berguna. 10 tahun aku mengenalinya. yaa itu pertama kali aku melihatnya tanpa bertutup kepala. tapi satu membuat dia bakal bidadari syurga. walaupun tidak ditutup sempurna. permintaanya untuk menutup hampir kebanyakan rambutnya dengan sehelai tuala kepala. itu beza bidadari duni dan syurga. InsyaAllah, aku tetap doakn kamu gembira disana.
kalau mampu aku buang hari itu dari kamus hidupku. pasti aku sudah membuangnya. gila bila memikirkan lagi sebulan peperangan PMR ku tapi aku masih menanti pada yg tiada harapannya. dan aku masih terbayang. petang itu aku dijemput abah dan ibu. sebabnya cuma satu
ibu Mia ingin menanyakan aku sesuatu.Ibnu Rawan....
'sanggup tidak kalau kita lepaskan apa yang telah lama tersiksa ?'
perlukah aku menjawab bila ada orang bertanya untuk mengambil harta kesayanganku ?. perlukah aku bersetuju bila orang ingin memisahkan aku dengan 'gembira' hidupku ?. perlukah aku terangkan pada mereka, AKU TIDAK BERSETUJU ?. tapi pengharapan mereka cuma padaku. aku tahu mereka sedar, akulah yang amat memerlukan Mia dari sesiapapun dalam dunia ini. mereka. dokter. dan segala penyebab telah reda dengan keputusan itu. untuk menutup bekalan oksigen daripada tubuh Mia yg tidak memberikan apa2 rangsangan kepada kehidupan. mereka semua telah pasrah dan mahu melepaskan apa yg tersiksa. tapi aku ?
kalau aku melepaskan apa yang tersiksa. bukankah aku mendatangkan tersiksa itu kepada aku. aku masih ingat dan saaaaangat3 ingat. hari itu aku melihat mata2 yang selama ini aku sayangkan sebagai mata2 yang paling aku benci. mereka tiada akalkah ingin membunuh rakanku. aku benci mereka. mereka tidak mengerti aku, aku tahu Mia akan sembuh. cuma masanya belum tiba. aku tahu dan aku amaat yakin.
namun kata2 kekanakan aku hanyalah esakan rajuk yg mereka fikir tidaklah lama. dan aku memberi kata putus tanpa aku mampu kawal sendiri lidahku untuk berbicara. mengapa ? kerana aku pegang azimat ibuku. menyayangi dan menghormati kaum sepertinya. dari mulutku aku bertanya
'kalau saya lepaskan Mia, Mia tetap akan kawan saya tak ?' yaaa, jawapanya seperti biasa, esakan orang dewasa yg xmampu berkata2. aku menang lagi pertandingan yg menyedihkan.
aku bersedia. aku rapat melihat sahabatku. Mia seakan tidur. matanya terpejam rapat. bibirnya tiada senyuman. dadanya berombak laju. tanganya terbungkam kemas tanpa wayar dipasang. kepalanya masih tertutup bidadari syurga walau masih kelihatan selebihnya. dan tangan aku yg menentukan hidupnya. tangan aku menutuk suis yg tersedia. aku xnangis, aku xnangis...aku xperlu ngis..xperlu..aku xnk..aku xakan nangis................
aku melihat dan masih melihat..Mia masih lagi tidur. aku cuma ingin kata sesuatu padanya..
Mia, maafkan aku..aku yang bunuh kamu...
ya Allah, melihat seorang rakan mati amat menyakitkan. dan bagaimanakah perasaan aku sebagai rakan yg menyebabkan rakanku mati ?
kepada kamu yang aku tujukan cerita ini. aku harap kamu mengerti. aku tidak harapkan apa2 dari kamu. cuma mungkin aku sudah lama xmelihat Mia bangun dari tidurnya dahulu. aku masih merindu. aku tahu kamu dengan dia berbeza. cuma aku ingin meminta maaf dari kamu. bukan pasal kamu serupa Mia ataupun siapa2. tapi kerana azimat ibuku. menyayangi dan menghormati kaum sepertinya. dan aku amat menghormati kamu dan kaum sepertimu. jadilah bidadari yg surga di dunia. aku doakn kamu selamanya bahagia. carilah seorang rakan yg tidak mampu kamu ganti tempatnya walaupun sudah lama kamu tidak memilikinya...aku mintak maaf kepada kamu..ini cerita aku dan aku harap kamu memahaminya...........


kepada kamu yg pernah jadi rakan dan ceriaku..kini aku mengerti..kamu adalah sahabat sejati..
aku bangga menjadi sebahagian pengisah dalam hidup kamu yang telah sempurna

No comments:

Post a Comment